Malaysia diiktiraf penyatu dunia, PM Anwar terima delegasi ulama antarabangsa

Tokoh ulama dari Afrika, Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti menyatakan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang berperanan sebagai jambatan perpaduan antara negara dan masyarakat antarabangsa selain menjaga kebajikan rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa berkenaan hari ini bersama delegasinya di pejabat beliau sempena rangka lawatan rasmi ke Malaysia.

Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim, Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddü Al- Shanqiti di Perdana Putra hari ini.

“Banyak perkara yang telah kami bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pancabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara.

“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan, Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial rasmi beliau.

BACA JUGA Walau tanpa uniform, sekolah tetap ‘jalan’, kerajaan hulur RM300 kepada 454 murid terjejas kebakaran