Dari kibar bendera putih ke harga lebih stabil, era MADANI jauh lebih baik dari zaman PN
Ramai berpendapat berlaku perubahan ketara dari segi kos sara hidup rakyat antara pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dan kerajaan MADANI kini.
Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Cikgu Halim berkata, ketika era PN, ada rakyat yang terpaksa mengangkat ‘bendera putih’ sebagai simbol kesusahan mendapatkan makanan.
Beliau bagaimanapun berpendapat keadaan kini berbeza apabila harga barangan dilihat lebih stabil dan terkawal di bawah pentadbiran semasa.
Pandangan itu turut disokong seorang lagi pengguna, Lukman, yang secara sinis berkata, terdapat segelintir pihak yang ‘merindui’ zaman harga barang lebih tinggi ketika PN mentadbir.
Beliau juga mengkritik kepimpinan terdahulu dengan mendakwa rakyat terpaksa berdepan tekanan kos hidup yang tinggi pada waktu itu.
“Walaun rindu harga barang mahal masa PN dulu. Dahlah rakyat menderita harga barang mahal, PM PN sakau duit rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ali Abu Bakar pula menyifatkan tempoh pentadbiran kerajaan sebelum ini sebagai gagal, dengan merujuk kepada tempoh pemerintahan selama 33 bulan yang menurutnya tidak memberi manfaat signifikan kepada rakyat.
“Zaman kerajaan tak berkat sebab tebuk atap 33 bulan yang gagal,” tempelaknya.
Untuk rekod, semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini, kos sara hidup rakyat ketara melambung dengan harga minyak masak sahaja mencecah RM50 sebotol.
Bekalan beras dan telur juga sukar diperoleh di pasaran ketika itu dengan inflasi terus memburuk sehingga empat peratus.
Malah, pada 2021, rakyat terpaksa berkempen mengibarkan bendera putih sebagai langkah terdesak meminta bantuan makanan.
Kesengsaraan rakyat ketika itu begitu ketara apabila lebih 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40.
BACA JUGA Serang tanpa sebut nama, ini teknik memfitnah secara mantiq