Diet Cristiano Ronaldo terbongkar, bekas cef dedah diet seimbang ikon sukan ini

Pemegang rekod penjaring terbanyak peringkat antarabangsa, Cristiano Ronaldo rupa-rupanya tidak mengambil susu kerana ia dianggap “bertentangan dengan fitrah semula jadi”.

Hal tersebut didedahkan bekas cef peribadi penyerang berusia 41 tahun itu, Giorgio Barone, lapor Agensi.

Menurutnya, Ronaldo tidak mengambil susu kerana berpendapat manusia tidak sepatutnya terus meminum susu haiwan selepas peringkat bayi.

Barone berkata, Ronaldo mengamalkan diet yang sangat seimbang dan berdisiplin dengan makan sedikit daripada semua jenis makanan tetapi sentiasa sihat.

“Untuk sarapan, dia mengambil avokado bersama kopi, telur dan tanpa gula. Langsung tiada gula.

“Makan tengah hari pula boleh terdiri daripada ayam, ikan dan sentiasa bersama sayur-sayuran,” katanya.

Jika perlukan karbohidrat, chef berkenaan berkata, Ronaldo mendapatkannya melalui sayur sekaligus beliau tidak memerlukan makanan berasaskan tepung seperti pasta atau roti.

“Pada waktu malam, dia makan makanan ringan, kebiasaannya ikan atau daging filet yang turut disertakan sayur-sayuran,” kata Barone lagi.

BACA JUGA Serang tanpa sebut nama, ini teknik memfitnah secara mantiq