Polis berjaya kesan pemilik FB muat naik gambar hina Sultan Selangor

 

Polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor yang dimuat naik sebuah akaun Facebook Huayan The Pureland Learning Centre.

Dalam satu kenyataan petang ini, polis memaklumkan pihaknya telah pun mengenal pasti pemilik atau pentadbir akaun terbabit, dan sebuah peranti untuk membuat hantaran penghinaan itu telah pun dirampas.

Siasatan dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas, bahagian pendakwaan / undang-undang (D5), jabatan siasatan jenayah bukit aman dengan kolaborasi daripada suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia.

Setakat ini, sebanyak 21 laporan polis telah diterima berkaitan isu yang sama daripada seluruh negara.

Seramai 21 orang saksi termasuk individu-individu yang tampil membuat laporan polis telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.Siasatan dijalankan di bawah peruntukan kesalahan-kesalahan berikut:

1. seksyen 4(1) akta hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

II. seksyen 504 kanun keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, jika disabitkan bersalah, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau kedua-duanya.

III. seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabitkan denda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

BACA JUGA Pas kata nak rampas Muar sebab Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella