Akmal hanya tin kosong, cakap tak serupa bikin, kata Pemuda DAP
DAP meminta Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh memulakan dengan dirinya sendiri dengan meletakkan jawatan sebagai exco Melaka sebelum mencabar orang lain.
Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan merangkap ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang, rakyat masih menanti-nantikan peletakan jawatan Akmal bukan cakap tidak serupa bikin, hanya tin kosong sahaja.
“Cakap tak serupa bikin. Sila mulakan dengan diri sendiri sebelum mencabar orang lain,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkasnya.
Media melaporkan sebelum ini, kononnya Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh mencabar supaya semua menteri dan timbalan menteri UMNO dipecat.
“Persoalannya, bila Akmal mahu mengotakan kata-katanya sendiri dengan meletakkan jawatan sebagai EXCO?” tanya Ho Chi Yang dalam kenyataan itu.
Ekoran krisis yang berlaku di Negeri Sembilan, Akmal mencabar agar semua Menteri dan timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan dari Umno dipecat.
Ini berikutan desakan seorang pemimpin muda DAP agar Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Luar.
Ini berikutan penglibatan beliau menyertai 14 Adun Negeri Sembilan dari Umno membuat kenyataan tidak percaya lagi kepada Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Datuk Aminuddin Harun.
BACA JUGA Zahid : Tak pernah timbul nak jadi pembangkang