Fadhlina tinjau dewan sekolah terbakar, umum peruntukan awal RM100,000
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100,000 disalurkan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya P14 (1) susulan kebakaran dewan sekolah tersebut.
Peruntukan itu bertujuan memulakan kerja-kerja pembersihan awal selepas siasatan oleh Bomba selesai.
“Siasatan penuh sedang dijalankan oleh pihak Bomba dan langkah-langkah keselamatan melindungi warga sekolah telah diambil sepenuhnya.
“Mulai esok (hari ini), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian akan mengadakan sesi psikososial bersama warga sekolah untuk mengingatkan tentang langkah-langkah keselamatan di sekolah,” katanya.
Malam tadi Fadhlina turun ke lapangan meninjau keadaan dewan sekolah yang dilaporkan terbakar.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya memaklumkan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran
BACA JUGA Soalan pemuda Pas makan diri, netizen tepek deretan teguran istana kepada pemimpin PN