Jho Low hadir mesyuarat rahsia tahun lalu? Ini respons KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan siasatan terhadap dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low berdasarkan segala maklumat yang diterima termasuk perkembangan baru dan terkini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya turut mengambil kira maklumat Sarawak Report, yang mendakwa Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho menghadiri mesyuarat rahsia di negara ini hujung tahun lalu.
“Kita sentiasa mengemaskini dan menyiasat keberadaan Jho Low ini dari masa ke masa, mengikut proses dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
“Bagaimanapun keadaannya, kita (PDRM) masih terikat dengan undang-undang sedia ada selain turut bekerjasama dengan semua mana-mana pihak berkaitan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Sebelum ini, Sarawak Report dalam laporannya menimbulkan spekulasi, bagaimana Jho Low yang diburu oleh PDRM sejak sekian lama gagal dikesan keberadaannya ketika dilaporkan berada di Malaysia, tahun lalu.
BACA JUGA Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dah keluar hospital