Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dah keluar hospital

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff, 55, dibenarkan keluar hospital tengah hari tadi.

Semalam, Ketua Pembangkang itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami tekanan darah tinggi semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohamad Yusni Mat Piah, bacaan tekanan darah Fauzi mencecah 230 semalam sebelum turun kepada 186 ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital.

Susulan itu, jelasnya, doktor mengambil keputusan menahan Yang Dipertua Pas Kawasan Balik Pulau berkenaan di wad untuk pemantauan lanjut.

“Selepas semalaman di wad, keadaan beliau didapati stabil dan dibenarkan pulang ke rumah selepas semua bacaan kesihatan berada dalam keadaan baik,” katanya, dipetik Bernama.

Yusni berkata, doktor menasihati Fauzi supaya berehat di rumah beberapa hari bagi memastikan tahap kesihatannya benar-benar pulih.

BACA JUGA Dong Zong kata syarat ke IPTA masih terlalu tinggi, ini penjelasan KPT