Aishah Zain ajak wanita muda sertai Wanita Muda AMANAH

Ikon wanita muda AMANAH, Aishah Zain mangajak anak muda menyertai beliau dalam WARDA AMANAH.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Muda AMANAH Nasional, berkata, WARDA mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk disertai golongan wanita muda.

“Ada banyak aktiviti menarik dalam WARDA. Wanita muda Kuala Langat yang berminat nak sertai wanita muda AMANAH, boleh beritahu saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Aishah memaklumkan beliau berkesempatan merasmikan Mesyuarat Tahunan WARDA Kuala Langat yang dipimpin Zairina Muzaini bersama saf kepimpinan serta anggota WARDA dari seluruh kawasan.

Menurutnya, mesyuarat tahunan itu menjadi medan penting untuk memperkukuh ukhuwah, menyusun gerak kerja serta memperbaharui semangat perjuangan dalam mendepani cabaran semasa.

“Kehadiran dan komitmen para wanita muda hari ini membuktikan bahawa WARDA terus subur dengan idealisme, tenaga dan kesediaan untuk memimpin masyarakat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan WARDA Kuala Langat atas penganjuran mesyuarat tahunan tersebut.

“Semoga WARDA Kuala Langat terus maju, tersusun dan menjadi antara kekuatan penting dalam membina masa depan perjuangan yang lebih baik,” katanya.

BACA JUGA KJ anggap Anwar memang jiwa reformis, kagum daya tahan PM dalam politik