Aishah Zain, muka baharu jadi taruhan AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat mula mempertaruhkan lebih ramai pemimpin muda apabila mengetengahkan figura wanita muda, Aishah Zain dalam program ceramah isu semasa di Parlimen Kota Raja, semalam.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Aishah berkata beliau berkesempatan menyampaikan ceramah dalam Program Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan (PH) Selangor yang berlangsung di Tapak Penjaja Alam Megah, DUN Kota Kemuning.

Timbalan Ketua Wanita Muda AMANAH Nasional itu berkata, antara perkara yang disentuh dalam ucapan beliau ialah pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan rakyat.

Jelasnya, usaha itu termasuk memperkukuh bantuan sosial, pembangunan komuniti serta memastikan agenda pembangunan negeri dapat dinikmati secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada yang tercicir.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan, jentera parti serta seluruh hadirin yang hadir memeriahkan program ini.

“Insya-Allah, usaha turun padang dan mendekati rakyat akan terus diperkukuhkan demi memastikan suara masyarakat sentiasa didengar dan diperjuangkan,” kata Aishah lagi yang juga Ahli Majlis MPP Zon 8 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

@aishahmzain

Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan ceramah dalam Program Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan Selangor bagi Parlimen Kota Raja yang berlangsung di Tapak Penjaja Alam Megah, DUN Kota Kemuning pagi ini. Dalam ucapan saya, antara perkara yang disentuh ialah pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan rakyat, termasuk usaha memperkukuh bantuan sosial, pembangunan komuniti serta memastikan agenda pembangunan negeri dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada yang tercicir. Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan, jentera parti serta seluruh hadirin yang hadir memeriahkan program ini. Insya-Allah, usaha turun padang dan mendekati rakyat akan terus diperkukuhkan demi memastikan suara masyarakat sentiasa didengar dan diperjuangkan.

♬ original sound – Aishah Zain – Aishah Zain

BACA JUGA Bersatu tepis tuduhan Pas, dedah kronologi apa yang jadi ketika konflik Negeri Sembilan