Desas-desus Hamzah sertai Pejuang, ini respons anak Tun M
Tiada permohonan daripada bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga menolak desas-desus kononnya wujud rundingan antara kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam politik.
“Itu tidak benar,” kata anak Tun Mahathir berkenaan, dipetik BH.
Hamzah yang sebelum ini mengisytiharkan meninggalkan Umno pada 2018 dan kemudian menyertai Bersatu akhirnya dipecat dari parti itu pada 13 Februari lalu kerana didakwa melanggar perlembagaan parti.
Sejak pemecatan itu, kedudukan Hamzah dalam politik yang dirujuk sebagai ‘Team Reset’ masih menjadi tanda tanya.
Dilaporkan Ahli Parlimen Larut tersebut sedang berunding untuk mengambil alih parti kecil sebagai platform baharu kerjaya politiknya.
BACA JUGA Kenapa Malaysia jadi contoh? Pengakuan jujur Prabowo mengejutkan banyak pihak