Anwar bayang peluang besar sektor tenaga untuk Malaysia dalam lawatan ke Turkmenistan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Malaysia berkemungkinan menerima manfaat besar hasil hubungan baik dengan Turkmenistan, termasuk dalam sektor tenaga.
Tanpa memperincikan lanjut, beliau berkata lawatan rasminya ke Turkmenistan dalam masa terdekat dijangka membuka ruang yang menguntungkan Petronas dan Malaysia.
“Saya akan ke Turkeministan sebab hubungan baik kerajaan mereka dengan kita.
“Mereka kata kalau PM Anwar sampai, kami (Turkeministan) akan sediakan antaranya telaga, minyak gas besar untuk Petronas dan untuk Malaysia.
“Ini maknanya persahabatan. Menggunakan waktu dan wang sebaiknya jaga kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memulakan ucapan pada program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan malam tadi.
BACA JUGA YouTubers dari India ini tuai pujian masak nasi lemak Malaysia