YouTubers dari India ini tuai pujian masak nasi lemak Malaysia
Saluran YouTube masakan terkenal dari India, Dad’s Cooking Show, menarik perhatian ramai selepas tampil mencuba menyediakan hidangan nasi lemak Malaysia, sajian popular negara ini.
Dalam rakaman itu, dua lelaki bekerjasama menyediakan bahan-bahan masakan untuk memasak hidangan ikonik negara ini.
Hidangan nasi lemak itu lengkap bermula dari nasi, sambal, telur rebus, kacang, ikan bilis, timun dan ayam goreng.
Ia menarik perhatian ramai yang rata-rata memuji kehebatan pempengaruh tersebut mencipta semula nasi lemak Malaysia.
Ramai juga “approve” cara masakan mereka sepanjang menyediakan hidangan popular rakyat Malaysia ini
Meraka mengakui terliur dan berbangga kerana nasi lemak dapat diterima negara luar.
Antara komen pengguna media sosial;
“Terbaik! Inilah nasi lemak asli dengan ayam berempah. Nampak sedap dengan susunan di pinggan yang sangat cantik”
“Nasi lemak Malaysia dorang memang padu… Tq uncle India promosi makanan Malaysia”
“Padu nasi lemak ini. Tengok warna nasi pun dah tahu mesti pakai santan asli”. Kata netizen
BACA JUGA Anwar seru rakyat pertahan kestabilan politik Negeri Sembilan