Anwar puji Aminuddin, sifatkan Tok Min kekal pemimpin sederhana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai seorang pemimpin yang sederhana.
Beliau berkata, dari dulu sehingga kini Aminuddin yang mesra disapa Tok Min itu masih kekal dengan sifat sederhananya.
Katanya, sifat tersebut menjadi antara sebab beliau terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Aminuddin dalam menerajui Negeri Sembilan.
“Saya sokong Tok Min sebab dia orang sederhana. Dulu sederhana, sekarang kekal sederhana,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan malam tadi.
Anwar juga menyifatkan Aminuddin sebagai seorang yang kuat bekerja.
“Orang yang bekerja kuat dengan kawan-kawan dalam DAP, AMANAH dan PKR kerana ada mandat untuk menjaga negeri serta keyakinan untuk bangkit dan membangunkan rakyat,” katanya lagi.
BACA JUGA Anwar seru rakyat pertahan kestabilan politik Negeri Sembilan