Jakarta bergolak lagi, kali ini mahasiswa jadi juara
Ibu kota Indonesia, Jakarta bergolak lagi selepas mahasiswa dan rakyat tempatan dilaporkan melancarkan protes jalanan besar-besaran yang akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.
Rakaman tular di media sosial menunjukkan aksi penunjuk perasaan menendang perisai polis dan membaling kon kepada pihak berkuasa.
Rakyat akhirnya berjaya menembusi benteng perisai yang dibina pihak berkuasa sekali gus menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang sebelum pihak berkuasa terpaksa berundur.
Portal berita Indonesia, Nusa Times nenyifatkan demonstrasi berkenaan sebagai berskala besar yang digerakkan di bawah tema “Menuju Indonesia Bangkrut”.
Penunjuk perasaan tidak hanya berkumpul dia satu tempat, sebaliknya melibatkan beberapa lokasi strategik di Jakarta Pusat, yang turut merebak ke bandar-bandar utama seperti Bandung dan Pontianak.
Kemarahan rakyat dilaporkan memuncak berikutan kejatuhan nilai mata wang Rupiah yang mencatatkan rekod terendah dalam sejarah, melepasi paras Rp18,000 bagi setiap satu Dolar AS.
Gabungan mahasiswa yang diketuai oleh Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Indonesia (BEM UI) menuntut pentadbiran Presiden Prabowo Subianto membatalkan serta-merta program-program mega yang dianggap membazir dana negara.
Antara yang menjadi sasaran ialah Program Makanan Berkhasiat Percuma bernilai Rp268 trilion (kira-kira RM74.3 bilion), yang kini turut terpalit dengan skandal akibat rasuah berskala besar.litik dunia.
Selain isu ekonomi, mahasiswa turut mendesak kerajaan menghentikan doktrin dwi-fungsi ketenteraan yang didakwa semakin menular dalam sektor sivil, yang dilihat boleh mengancam sistem demokrasi negara.
BACA JUGA Anwar bayang peluang besar sektor tenaga untuk Malaysia dalam lawatan ke Turkmenistan