Oh patutlah MB Johor popular, banyak buat bayaran tu…

Satu tangkap layar yang didakwa daripada laporan Meta Ad Library menjadi bahan perbincangan di media sosial selepas memaparkan perbelanjaan iklan politik bagi tempoh 16 Mac hingga 13 Jun 2026.

Berdasarkan paparan tersebut, halaman Onn Hafiz Ghazi direkodkan membelanjakan kira-kira RM119,400, jauh mengatasi beberapa nama pemimpin lain yang turut dibandingkan dalam carian sama.

Dalam beberapa tangkap layar yang tular, nama seperti Anwar Ibrahim, Amirudin Shari, Aminuddin Harun, Ab Rauf Yusoh dan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula dipaparkan dengan jumlah RM0 bagi carian yang dibuat ketika itu, manakala Saarani Mohamad menunjukkan sekitar RM99.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang berseloroh bahawa “MB lain semua zuhud”.

Tidak kurang juga warganet turut mengingatkan bahawa angka tersebut bergantung kepada penapis carian, tempoh masa dan halaman yang dipilih dalam sistem Meta Ad Library.

Dalam masa sama, pemerhati media sosial mengingatkan bahawa data Meta hanya merekodkan iklan yang berada dalam kategori berkaitan isu sosial, pilihan raya atau politik, dan tidak semestinya menggambarkan keseluruhan strategi komunikasi seseorang pemimpin.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak yang dinamakan mengenai perbandingan yang tular itu.

BACA JUGA Anwar seru rakyat Johor pertahan ‘politik harapan’