Kantoi edit ‘screenshot’, dakwaan Lim Sian See terhadap DAP rupanya ‘kosong’

Cubaan menyerang DAP kononnya berbelanja sebanyak RM703,000 bagi tempoh kempen antara 16 Mac hingga 13 Jun lalu mengundang perhatian ramai selepas semakan mendapati angka tersebut sebenarnya tidak wujud.

Pemerhati politik, Jason Yew, secara sinis mempersoalkan tindakan pembangkang, Lim Sian See yang menyebarkan tangkap layar telah disunting bagi menyokong naratif tidak benar.

Menurut Jason, hasil semakan pada paparan asal Meta Ad Library mendapati jumlah perbelanjaan yang dipaparkan sebenarnya adalah RM0.

“Lim Sian See ni memang kelakar.

“Dia TIPU kata DAP belanja RM703,000 dari 16 Mac – 13 Jun 2026 tapi hasil semakan tunjuk RM 0 kosong!

“Lain kali kalau nak edit screenshot, jangan sampai terlupa page asal ada bluetick. Terlalu mudah nak kantoi,” tempelaknya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Lim Sian See mendakwa Lim Sian See mendakwa DAP telah membelanjakan kira-kira RM703,100 untuk iklan di platform media sosial Meta iaitu di Facebook.

BACA JUGA Pembangkang sibuk jatuhkan MADANI, PMX pula sibuk angkat nama Malaysia di pentas dunia