Umno Johor belanja RM1 juta bayar iklan di platform Meta sahaja
Umno Johor membelanjakan sebanyak RM1 juta untuk pengiklanan di platform Meta melalui pelbagai akaun berasingan.
Menerusi senarai yang tular, didapati perbelanjaan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membiayai iklan di platform Meta adalah tertinggi.
Selain Onn, turut tersenarai adalah pemimpin Umno Johor yang mempunyai kedudukan penting sama ada sebagai ADUN, ketua bahagian Umno atau anggota Exco kerajaan negeri Johor di bawah pentadbiran Onn.

Mereka adalah ADUN Serom merangkap Exco Johor, Khairin Nisa Ismail; ADUN Bukit Pasir, Fazli Salleh; ADUN Larkin merangkap Naib Ketua Pemuda Umno, Hairi Mad Shah; ADUN Bukit Permai merangkap Exco Johor, Jafni Md Shukor dan ADUN Buloh Kasap merangkap Exco Johor, Zahari Sarip.
Dua Exco kerajaan negeri Johor juga berbelanja besar untuk pengiklanan di platform Meta iaitu ADUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid sebanyak RM42,705 manakala ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin mencecah RM21,715.
BACA JUGA Kantoi edit ‘screenshot’, dakwaan Lim Sian See terhadap DAP rupanya ‘kosong’