Bekas ADUN Layang-Layang umum keluar Umno, bertanding atas tiket Bersatu

Bekas ADUN Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim mengumumkan keluar daripada Umno serta-merta dan menyertai Bersatu.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang medianya malam ini, yang kemudian memaklumkan bahawa beliau akan bertanding semula di kerusi berkenaan sebagai calon Perikatan Nasional (PN).

Abd Mutalip yang pernah berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor dari 2013 hingga 2018 merupakan ADUN dua penggal di masing-masing menerusi PRN Johor ke-13 dan PRN Johor ke-15. Beliau turut

Katanya, keputusan untuk bertanding semula adalah atas permintaan pengundi yang mahu calon Melayu di DUN tersebut.

“Orang akan tanya apa yang terjadi sebenarnya di N27 Layang-Layang. Kalau kita lihat pengundi Melayu di situ ada lebih kurang hampir 60 peratus.

“Pengundi sering menanyakan soalan-soalan kenapa tidak ada calon daripada kalangan orang Melayu yang diletakkan oleh parti-parti yang bertanding.

“Jadi atas rasa tanggungjawab demi agama, bangsa dan juga pengundi yang mahu saya sekali lagi menjadi calon, saya ambil keputusan ini,” katanya hari ini.

Beliau pada masa sama berkata, keputusannya keluar dari Umno bukan disebabkan rasa kecewa atau permusuhan terhadap parti itu.

“Saya tiada isu dengan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kami semua berkawan, tiada paksaan tiada rasa benci. Parti politik hanyalah platform untuk berkhidmat,” katanya 

BACA JUGA Salahkah saya cadangkan anak sebagai calon? Kenapa jadi isu? – Puad balas Asyraf