Ahli baru Pas persoal berapa jumlah bayaran cukai Raja-Raja Melayu
Ahli baharu Pas, Datuk Zaid Ibrahim yang baru menyertai parti itu pertengahan bulan Jun lalu, membangkitkan persoalan tentang cukai yang dibayar oleh raja-raja di Malaysia.
Dalam hantaran di Facebook, beliau bertanya, berapa jumlah cukai yang dibayar raja-raja di Malaysia selepas menyatakan bahawa Raja Charles III membayar cukai sebanyak RM165 juta.
“King Charles paid 165 million in taxes. How much do our monarchs pay?,” soalnya.
Hantaran berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan beberapa pengguna media sosial mengingatkan pemimpin Pas itu agar berhati-hati ketika membangkitkan isu melibatkan institusi diraja kerana dikhuatiri menyentuh isu 3R.
Ada juga yang berkata, jika soalan ini ditanya oleh seorang pemimpin DAP, pasti ianya akan menjadi isu besar.
BACA JUGA PRN Johor: Polis terima 7 laporan, tiga kertas siasatan dibuka libat khianat api, hasutan