Pengundi Cina tidak minat keluar mengundi PRN Johor, kata pengkaji dari Ilham Centre
Kebanyakan pengundi Cina di Johor tidak berminat untuk keluar mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini, tetapi hanya akan keluar mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ini antara penemuan awal para pengkaji dari Ilham Centre Ketika mereka turun ke lapangan di Johor.
Menurut ketua penganalisis Ilham, Dr Mohd Yusri Ibrahim, majoriti pengundi Cina yang mereka temui adalah pengundi Pakatan Harapan (PH) dan mereka kekal menyokong PH.
“Majoriti peniaga Cina yang kami jumpa adalah pengundi PH sebelum ini, sekarang pun masih sokong PH.
“Tapi mereka kurang beri perhatian untuk PRN ini, tak berminat nak pergi mengundi, tiada motivasi signifikan.
“Menariknya, mereka beritahu akan mengundi dalam pilihan raya besar nanti, maksudnya PRU16 akan datang, bukan PRN ini.
“Begitulah biasanya pengundi etnik Cina, mereka kurang beri perhatian untuk PRK dan PRN, tetapi akan keluar untuk PRU,” tulis Dr Yusri dalam facebooknya.
Peratusan keluar mengundi adalah antara penentu Utama parti mana yang akan menang dalam PRN Johor.
Ia berdasarkan keputusan PRN 2022 lalu dan PRU-15 yang lalu.
Semasa PRN 2022 lalu, BN berjaya mendapat 40 kerusi mengalahkan PH dan PN.
Tetapi dalam PRU 15, pengundi lebih ramai mengundi PH apabila peratusan keluar mengundi tinggi berbanding dalam PRN 2022.
BACA JUGA Tuduh Putrajaya zalim? Anwar dedah data peruntukan negeri pembangkang