PH bentang lima inisiatif pencetus perubahan Johor
Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Lima inisiatif pencetus perubahan Johor:
1) 250 Taska Madani dan Taska Tempat Kerja – 250 taska baharu di Kawasan perindustrian, pejabat kerajaan dan komuniti bagi membantu wanita kembali ke pasaran kerja.
2) Pas Pengangkutan Awam RM50 Sebulan – untuk pelajar, warga emas dan OKU di seluruh Johor
3) Program Balik Johor – Membawa pulang 20,000 professional Johor dari Singapura dan luar negara menjelang 2031 dengan insentif pekerjaan dan keusahawanan.
4) Program Tanah Pajak Dipermudah – Menubuhkan Tribunal Hak Tanah Johor bagi mempercepat penyelesaian kes tertunggak.
5) RM1,000 Bonus Anak Johor – RM1,000 untuk setiap bayi yang lahir di Johor sebagai simpanan permulaan masa depan mereka.
BACA JUGA Johor bukan untuk kroni, Dr Maszlee pertegas manifesto PH lahir dari suara rakyat