Calon PH terus tukar bendera Johor yang lusuh selepas aduan orang ramai
Aduan beberapa penduduk mengenai keadaan bendera Johor yang lusuh di Pantai Sungai Rengit mendapat tindakan segera daripada calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, Faizul Abd Ghani.
Ketika turun menyantuni masyarakat di kawasan itu hari ini, mereka memaklumkan bahawa bendera Johor yang dipasang di lokasi berkenaan sudah pudar dan lusuh akibat terlalu lama tidak ditukar.
Susulan aduan itu, Faizul tanpa berlengah mengarahkan anggota pasukannya mendapatkan bendera baharu sebelum menggantikan bendera lama pada hari yang sama.
“Ini bagi memenuhi permintaan masyarakat di sini yang tak boleh tahan nak tengok bendera Johor begitu lusuh,” kongsinya di media sosial.
BACA JUGA Tiga media kini sedia jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran