Heboh pelajar kena tikam di sekolah menengah

Seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, dilaporkan berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

Beberapa pelajar juga dilihat bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ketika kejadian mencemaskan itu berlaku.

Dalam masa sama, tersebar juga dakwaan suspek merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang dan dikatakan membalas dendam.

BACA JUGA Ahli Pas dikerah undi MCA, MIC: Murahnya agama demi berpolitik