Anwar doakan kesihatan Tun M, kongsi foto bersama
Hantaran Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan selepas memuat naik ucapan hari kelahiran buat negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam hantaran itu, Anwar berkongsi dua keping gambar Tun Mahathir dengan salah satunya adalah momen ketika Anwar bergelak ketawa dengan bekas Perdana Menteri itu.
Beliau turut mendoakan kesihatan buat Tub Mahathir sempena ulang tahun kelahiran yang ke-101.
“Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah,” titipnya.
BACA JUGA Kebenaran solat Jumaat di IOI City Mall, Putrajaya sudah lama dapat perkenan Sultan Selangor