PH pertaruh Aminuddin di DUN Linggi, Anthony Loke DUN Chenna
Seperti yang dijangka, calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, dipertaruhkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sembilan 1 Ogos ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan senarai calon gabungan berkenaan.
Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Aminuddin akan meninggalkan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Di DUN Sikamat pula, PH mempertaruhkan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nazri Kassim
Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke Siew Fook pula diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi DUN Chennah.
Loke yang juga merupakan Menteri Pengangkutan merupakan penyandang kerusi DUN Chennah selepas memenanginya pada PRN yang lalu dengan majoriti 2,200 undi.
BACA JUGA Anwar ingatkan jangan sampai terlajak heret institusi diraja dalam kempen PRN Negeri Sembilan