Walau kalah semua kerusi di Johor, Pas yakin ‘sapu bersih’ PRN N9

Pas yakin mampu menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang, ketika parti itu kalah teruk pada PRN Johor yang menyaksikan parti itu gagal memenangi sebarang kerusi ditandingi.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, keyakinan itu berdasarkan kekuatan jentera serta sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN).

“Pas sudah ada (sasaran kerusi). Insya-ALLAH kali ini semua yang kita bertanding akan menang,” katanya semasa sidang media hari ini menurut Sinar Harian.

Mengenai jumlah kerusi ditandingi, Annuar berkata, ia akan diumumkan sendiri oleh pemimpin tertinggi parti, dengan malam ini mereka akan memuktakadkan kerusi-kerusi bertanding.

“Mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas saya tidak boleh umum. Kalau saya umum, orang kata saya jadi Presiden pula. Sabar. Biarlah Setiausaha Agung ataupun Presiden buat pengumuman,” katanya lagi.

Pas bertanding 11 kerusi dan kalah kesemuanya termasuk kubu tunggal di DUN Maharani.

Untuk rekod, calon PN menjadi parti terbesar dalam PRN Johor yang kehilangan deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah bilangan undi yang diperoleh oleh semua calon

BACA JUGA PARLIMEN |Jaminan PMX : PKS dan usahawan Bumiputera takkan sekadar jadi penonton