Berselingkuh dengan PN tapi tidak mahu duduk serumah, ‘kantoi’ sudah perangai sebenar BN

Oleh HANAPI JUSOH

Persoalan utamanya, BN setuju Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk Kerajaan MADANI tetapi apabila tiba Pilihan Raya Negeri (PRN) mahu bertanding sendirian pula.

Pelik bin ajaib perangai manusia macam ini.

Ibarat setuju kahwin, setuju duduk serumah dengan suami tapi pada masa yang sama masih nak selingkuh dengan musuh utama suami iaitu Perikatan Nasional (PN).

Inilah dia perangai hodoh dan buruk seorang pasangan.

Sudah terang lagi bersuluh, ini perangai curang, suka selingkuh dan tidak setiakawan Ini jelas perangai tak elok dan sangat buruk.

Ini menunjukkan BN tidak boleh dipercayai lagi. Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang percaya dengan orang yang berwatak sebegini.

Ini tidak termasuk lagi satu lagi perangai hodoh yang melekat pada DNA BN iaitu suka merompak, samun sakau rampas duit rakyat dan harta negara tanpa rasa malu tanpa rasa segan tanpa rasa bersalah dan tidak pernah meminta maaf kepada rakyat jelata.

Satu lagi kepelikan ialah, masih ada rakyat yang kurang cerdik yang sokong mereka walaupun tahu segala watak hodoh mereka.

Inilah dia kebobrokan besar dalam masyarakat kita iaitu apabila rakyat menormalisasikan, merasa okey dan tidak bersalah menyokong perasuah, penyakau, penyamun yang menyusahkan hidup mereka selama ini.

Ini bab sikap mereka BN dengan PMX PH.

Cuba lihat pula sikap BN terhadap PN. Sudahlah berselingkuh dengan PN tetapi tidak mahu duduk serumah dengan PN pula!

Belum apa-apa, Tok Min dah sound Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya jangan melebih-lebih bila Hamzah cadangkan nama Perikatan Barisan Nasional dan menyebut nama Tok Jalal sebagai Calon MB baru N9 sekiranya PBN berjaya bentuk kerajaan negeri.

Kenyataan itu sekali gus dilihat menepis spekulasi mengenai kemungkinan lahirnya jajaran politik baharu selepas Hamzah mencadangkan penggunaan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) sebagai identiti baharu kerjasama antara kedua-dua gabungan.

Kemaruk kuasa

Terserlah sudah perangai sebenar BN yang kemaruk mahu berkuasa. Mereka sanggup buat apa sahaja demi KUASA walaupun buat perkara yang tidak elok dan hodoh sekalipun.

Mereka menghalalkan segalanya walaupun ianya jelas berdosa. Dasar matlamat menghalalkan cara BN sudah terkantoi kini.

Rakyat sepatutnya hilang kepercayaan kepada parti sebegini dan menghukum BN dalam PRN Negeri Sembilan.

BN sudah jelas bermain dua kolam, dengan PH pun nak, dengan PN pun nak. Lepas ‘kantoi’ play victim lah pula.

Jangan undi BN. Jangan percayakan BN lagi. PRN Negeri Sembilan adalah masanya rakyat kuburkan BN.

BACA JUGA Umno melenting isu RCI Tabung Haji, kena atas bisul ke?