Institusi kewangan Malaysia terus menyerlah di pentas dunia

Institusi kewangan Malaysia terus menunjukkan kelasnya di peringkat antarabangsa apabila Maybank meraih 13 pengiktirafan dalam Euromoney Awards for Excellence 2026.

Pencapaian itu bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Maybank, malah mengangkat keupayaan sektor kewangan negara yang mampu bersaing dengan institusi perbankan terkemuka di peringkat global.

Antara pengiktirafan tertinggi diterima ialah gelaran Bank Terbaik Dunia bagi Tanggungjawab Korporat, sekali gus mencatat kemenangan global pertama Maybank dalam kategori berkenaan.

Di peringkat Asia, Maybank turut dinobatkan sebagai Bank Terbaik Asia bagi Kepelbagaian dan Keterangkuman serta Bank Terbaik Asia bagi ESG.

Bank itu juga meraih gelaran Bank Terbaik ASEAN bagi Syarikat Korporat Besar, selain mengekalkan kedudukan sebagai Bank Terbaik Malaysia buat kali ketujuh sejak 2018.

Maybank Investment Bank pula dipilih sebagai Bank Pelaburan Terbaik Malaysia bagi Pasaran Modal Hutang, manakala operasi kumpulan itu di beberapa negara turut menerima pengiktirafan.

Pencapaian itu sekali gus memberi gambaran positif terhadap Malaysia serta usaha kerajaan memperkukuh keyakinan dunia terhadap ekonomi dan institusi negara.

BACA JUGA ‘Ada yang panggil saya ceplos kerana sentuh kelemahan projek LRA di Kedah’ – Akmal