RM170 juta dan 16 kg jongkong emas jadi tumpuan, Ismail Sabri ke mahkamah esok

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi, menurut semakan sistem mahkamah.

Kes melibatkan Ahli Parlimen Bera berkenaan dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Ismail, 66, sebelum ini dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan tersebut berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap ayah kepada penyanyi dan pelakon, Dafi itu.

Hasil rampasan itu diperoleh semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’ selepas siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

BACA JUGA Pas mungkin dapat perluas pengaruh ke negeri-negeri dikuasai Umno