Berlegar dakwaan Azeez Rahim ditahan SPRM, ini respon anaknya
Berlegar di media sosial dakwaan bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi susulan siasatan membabitkan Tabung Haji.
Bagaimanapun, anak kepada pemimpin Umno itu, Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez menafikan dakwaan tersebut.
Menurutnya, bapanya ada di kediaman mereka dan sedang berehat.
“Untuk mereka yang bertanyakan khabar saya ucapkan terima kasih banyak dan untuk makluman, ayah saya masih di rumah sedang berehat.
“Semoga segalanya dipermudahkan dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti, adil dan telus,” tulisnya di Facebook.
Abdul Azeez merupakan bekas Pengerusi Tabung Haji.
Beliau sebelum ini menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh, sekiranya disiasat berhubung Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas.
BACA JUGA Kesatuan Pondok Kelantan seru ulama berani bersuara isu amanah Tabung Haji