Kesatuan Pondok Kelantan seru ulama berani bersuara isu amanah Tabung Haji
Golongan ulama dan agamawan diseru supaya lebih berani menyentuh isu membabitkan amanah umat, termasuk kemelut yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengerusi Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan, Baba Zulkarnain Harun, isu TH tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia membabitkan amanah besar serta wang umat Islam yang dikumpulkan sejak sekian lama.
Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh sikap taksub melampau dalam kalangan masyarakat yang menurutnya boleh menyebabkan sesuatu isu besar gagal dinilai secara adil dan menyeluruh.
Beliau menyentuh perkara itu ketika berucap dalam Persidangan Khas Ulamak & Agamawan yang membincangkan isu berkaitan institusi Tabung Haji.
Baba Zulkarnain menegaskan, kerosakan boleh berlaku apabila amanah tidak dijaga dengan baik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan institusi yang menguruskan wang umat.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai ulama tampil dengan keberanian untuk memberikan nasihat dan pandangan dalam isu berkenaan.
“Kebangkitan… mudah-mudahan ulama-ulama akan bangkit.
“Saya menyeru ulama-ulama di luar sana…
“…..Kita tengah lawan isu besar dalam TH. Orang yang menggunakan agama Islam untuk putar belit, orang ini lago bahaya. Marilah kita kembali bangkit moga-moga dapat beri semangat kepada orang Melayu Islam. Ulama-ulama di luar sana, jadilah ulama berani menasihatkan,” ujarnya.
BACA JUGA Harta umat rugi berbilion, asatizah dan ulama perlu berani sentuh isu Tabung Haji secara terbuka