Jangan biarkan pengkhianatan amanah umat berlalu tanpa suara
OLEH MUHAMMAD FAIRUL AL QASAS
Seminar Hifz AL Mal – Majlis Ulama Malaysia. Merungkai isu RCI Tabung Haji.
Dalam isu RCI TH ini, Sheikh mengatakan bahawa isu ini adalah pengkhianatan terhadap amanah dalam menguruskan harta umat dan institusi ibadah umat Islam.
Sheikh meminta para ulama dan asatizah untuk bangkit menjelaskan perkara ini.
Sheikh memetik Surah Ali-Imran Ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Kemudian Sheikh menukilkan hadith yang bermaksud:
Daripada Abu Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Tabung Haji adalah harta umat Islam. Sheikh mengingatkan akan kepentingan mempertahankan harta. Ada hadis dari Rasulullah saw.
Maksudnya: “Seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah SAW seraya berkata:
‘Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya seorang lelaki datang kerana ingin mengambil hartaku?’ Rasulullah SAW menjawab: ‘Jangan berikan hartamu.’
Lelaki itu berkata: ‘Apa pendapatmu jika dia memerangiku?’ Baginda menjawab: ‘Perangilah dia.’
Lelaki itu bertanya lagi: ‘Apa pendapatmu jika dia membunuhku?’ Baginda menjawab: ‘Maka kamu dikira syahid.’
Lelaki itu bertanya lagi: ‘Apa pendapatmu jika aku membunuhnya?’ Baginda menjawab: ‘Dia di neraka’.” Riwayat Muslim (140)
Oleh itu isu RCI TH ini jangan dibiarkan senyap.
Memetik kata-kata Hadi Awang jangan jadi “syaitan bisu” dengan membiarkan kemungkaran isu TH ini dan mesra dengan para penyakau.
BACA JUGA Harta umat rugi berbilion, asatizah dan ulama perlu berani sentuh isu Tabung Haji secara terbuka