10 kali Selangor juara SUKMA! Amirudin umum cuti khas sehari
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan cuti peristiwa khas sehari pada 1 September ini.
Ia bersempena kejayaan kontinjen Selangor menjadi juara keseluruhan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.
Selangor muncul juara SUKMA buat kali ke-10 dan tahun ini muncul sebagai negeri terbanyak menjuarai temasya sukan itu sejak mula penganjuran pada tahun 1986.

“Atas prestasi yang luar biasa dalam SUKMA 2026 dan sebagai tanda penghargaan kepada setiap atlet dan seramai 10,000 sukarelawan yang membantu sepanjang temasya ini.
“Saya dengan berbesar hati mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan cuti peristiwa khas sempena kejayaan SUKMA 2026 yang akan jatuh pada tarikh 1 September 2026, iaitu pada hari Selasa depan,” kata Amirudin.
Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh pada Majlis Penutupan SUKMA XXII Selangor di Aneka Walk, Seksyen 14, di Shah Alam malam ini.
Negeri itu meraih keseluruhan 245 pingat, terdiri daripada 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa.
Di tangga kedua, Wilayah Persekutuan dengan kutipan 51 emas, 54 perak dan 52 gangsa.
Sementara itu, Terengganu di kedudukan ketiga dengan kutipan 43 emas, 44 perak dan 36 gangsa.
BACA JUGA Masa berkuasa tubuh RCI Tabung Haji, bila laporan keluar Pas pula jerit ‘Islam diserang’