Tak payah ‘blur’ sangat kaki sakau duit TH, prosiding reman buat rakyat makin celik
“Tak payah blur sangat, macam orang tak kenal.”
Itu antara sindiran netizen selepas video memaparkan seorang bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang wajahnya dikaburkan ketika dibawa ke mahkamah bagi prosiding reman tular hari ini.
Prosiding reman susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH dilihat menarik perhatian rakyat dan menjadikan ramai celik mengenai punca kemelut kewangan dan isu tadbir urus TH bagi tempoh 2014 hingga 2017 iaitu ketika pentadbiran BN.
Dalam masa sama, netizen turut menegaskan bahawa sesiapa pun yang bertindak sakau duit TH mesti ditangkap, didakwa dan dihukum.
“Ini bukan soal parti politik. Ini soal duit umat Islam.
“Jangan pusing. Jangan spin.
“Kerjakan ibadah Haji bukan kerjakan Tabung Haji,” tempelak seorang pengguna X lagi.

Pagi tadi, bekas Pengerusi TH yang juga ahli politik bergelar Datuk Seri tiba di Mahkamah Majistret kira-kira jam 9.30 pagi.
Lelaki berusia 60-an itu memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga dan tangan bergari.
Dia hadir bagi prosiding reman untuk membantu siasatan SPRM susulan beberapa isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI mengenai TH.
Turut dibawa bagi prosiding sama ialah seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan bergelar Tan Sri.
Semalam, kedua-duanya ditahan kira-kira jam 4 petang selepas hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
BACA JUGA Rancak PN pertikai, jom tengok kredibiliti tokoh disebalik RCI TH