Tuduh Madani ‘sayang’ Rohingya, terdiam walaun nampak solidariti Najib-Hadi sedekad lalu

Cubaan penyokong pembangkang mengaitkan Kerajaan MADANI dengan layanan terhadap pelarian Rohingya bertukar menjadi bahan sindiran apabila netizen mula mengeluarkan semula ‘resit’ politik dari era pentadbiran Barisan Nasional (BN) hampir sedekad lalu.

Mulanya, pengguna Threads dikenali sebagai ghazoff mencetuskan perdebatan selepas mempersoalkan, “Kenapa Madani sayang sangat dengan Rohingya? Ada sakau menyakau ke?”

Susulan itu, ratusan kecaman membanjiri ruangan komentar individu berkenaan termasuk mengingatkan bahawa isu Rohingya bukan perkara yang baharu muncul apabila Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara.

Penyokong pembangkang itu dilihat terdiam apabila warganet turut berkongsikan poster Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada 4 Disember 2016 yang memaparkan wajah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Poster itu mengajak orang ramai berhimpun di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi menyatakan pendirian terhadap nasib etnik Rohingya.

“(Kerajaan) Madani lah yang bawak (pelarian Rohingya) keluar…” manakala seorang lagi meminta penyokong pembangkang itu membaca semula sejarah sebelum menyalahkan kerajaan semasa.

Modal serangan

Justeru, warganet mengingatkan penyokong Pas bahawa Najib dan Hadi sendiri pernah berada dalam satu program solidariti Rohingya pada 2016, dengan gambar kedua-duanya menghadiri acara berkaitan turut dikongsi dalam bebenang berkenaan.

Dalam masa sama, pembangkang dinasihatkan memahami isu pelarian Rohingya di negara ini berdasarkan kronologi, bukannya semata-mata menjadikan Rohingya sebagai modal serangan politik terhadap pentadbiran kerajaan semasa.

Ketika krisis kemanusiaan Rohingya memuncak sekitar 2016 dan 2017, isu tersebut turut menjadi medan politik apabila Umno dan Pas berlumba-lumba menunjukkan solidariti.

Malah, ada pemimpin Pas mencadangkan supaya pelarian Rohingya diberi akses kepada pendidikan, kesihatan dan keselamatan selain menegaskan bahawa pelarian tersebut tidak mengancam keselamatan penduduk tempatan.

Sebaliknya, pada masa ini, kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak tegas akan menghantar pulang ribuan pelarian warga Myanmar ke negara asal pada 29 September ini.

Langkah itu diadakan menerusi fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela yang dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

BACA JUGA Heboh bendera terbalik di Wisma MCA, ramai ‘cari’ Akmal Saleh