Nahas trak FRU: Pemandu lori didakwa pagi ini
Pemandu lori muatan batu yang merempuh trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, 13 Mei lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada pukul 9 pagi ini.
Tertuduh yang sebelum ini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk membantu siasatan akan dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan pada 8.50 pagi yang mengorbankan sembilan nyawa anggota FRU itu dipercayai berlaku ekoran stereng lori yang dipandu tertuduh gagal berfungsi sebelum terbabas dan melanggar trak berkenaan.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, pemandu lori berusia 45 tahun itu memiliki enam rekod kesalahan antaranya rogol dan dadah.
Malah, pemandu berkenaan juga pernah melakukan kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA JUGA Ada peniaga sudah raih RM30,000 sebulan, menteri perjelas inisiatif MyKiosk