Skandal rasuah lesen mineral di Sabah: ADUN hadir beri keterangan, seorang lagi?

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hadir di ibu pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung skandal rasuah lesen mineral.

ADUN berkenaan antara dua yang dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Walau bagaimanapun, seorang lagi ADUN setakat ini, belum menghadirkan diri, memetik BH.

Pada 12 Jun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, sekurang-kurangnya dua individu akan didakwa di mahkamah berhubung skandal rasuah lesen mineral.

Menurutnya, beberapa individu sudah dikenal pasti dan tindakan pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

BACA JUGA Hairan apabila Hadi anggap ‘Malaysia Madani’ disempitkan