MB, Speaker Perlis kalah pemilihan Pas kawasan Arau

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli gagal melebarkan pengaruhnya selepas tewas dalam pemilihan merebut jawatan Yang Dipertua Pas Arau yang berlangsung hari ini.

Jawatan berkenaan kekal milik penyandang, Solahudin Azmi, selepas beliau menerima sokongan majoriti perwakilan bagi meneruskan kepimpinan untuk penggal 2025-2027.

“Ya, menteri besar tewas dalam pemilihan Pas kawasan Arau, itu sahaja yang boleh saya maklumkan,” kata sumber menurut Malaysiakini.

Selain Mohd Shukri, beberapa pemimpin lain yang dilihat menyokongnya turut kecundang dalam pemilihan kali ini.

Speaker DUN Perlis, Russele Eizan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Yang Dipertua selepas tewas kepada ADUN Guar Sanji, Ridzuan Hashim.

Manakala Exco Kerajaan Negeri, Razali Saad pula kehilangan jawatan Naib Yang Dipertua kepada Nur Yusairy Mansor.

Difahamkan, lebih 200 perwakilan daripada 60 cawangan terlibat dalam pemilihan kali ini.

BACA JUGA PKR kesal maklumat salah, KPN baharu tak pernah ada jawatan dalam politik