Marco Rubio dah sampai, tarif antara isu yang akan dibincangkan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pagi untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur.
Ini adalah lawatan pertama beliau sebagai Setiausaha Negara ke Malaysia.
Rubio dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghadiri Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan AS petang ini.
Satu memorandum persefahaman akan turut ditandatangani dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul 4 petang yang akan diikuti dengan pertemuan dengan Anwar.
Besok beliau akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur ke 15 dan Forum Keserantauan ASEAN (ARF) ke 32.
Satu isu yang akan dibincangkan pastinya ialah kenaikan tarif yang dikenakan oleh AS.
Trump mengumumkan tarif untuk Malaysia sebanyak 25% yang akan berkuatkuasa pada 1 Ogos.
Jepun, Korea Selatan, Tunisia, dan Kazakhstan juga dikenakan kadar tarif sama.
BACA JUGA: Apa kata PM Anwar mengenai penurunan OPR?