Bila pembangunan Kampung Sungai Baru akan dimulakan?
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, projek pembangunan Kampung Sungai Baru akan dimulakan pada suku pertama tahun hadapan.
“Projek pembangunan semula yang telah tertangguh sejak sembilan tahun lalu, akhirnya bakal dimulakan semula dalam masa terdekat.
“Pemaju telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang Susun atur (KMS) dan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan.
“Pemaju dalam proses mendapatkan lain-lain kelulusan Kebenaran Merancang daripada
agensi yang berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Majlis perasmian projek dijangka akan diadakan dalam masa terdekat, manakala pelaksanaan pembinaan dijangka akan dimulakan pada suku pertama tahun 2026,” kata Dr Zaliha dalam jawapan bertulis kepada Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai).
Dr Zaliha turut menjelaskan bahawa permohonan pengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dibuat pada 25 Oktober 2020.
Kelulusan pengambilan tanah bagi 110 unit merangkumi 37 lot teres, 72 unit flat dan 1 lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah diwartakan dalam tahun 2021.
BACA JUGA: Isu Kampung Sungai Baru: Apa kata Ahli Parlimennya?