Buletin LKIM dihidupkan semula

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah menghidupkan semula Buletin LKIM yang menjadi catatan usaha LKIM membela nelayan hari ini.

Menurut pengerusinya, Faiz Fadzil, penghasilan bulletin ini adalah usaha kecil demi agenda membina warga kerja yang berilmu.

“Peluncuran Buletin LKIM 2025 bagi melengkapkan LKIM sebagai sebuah institusi yang berinformasi dan progresif.

“Buletin ini sarat dengan rekod program LKIM membela nelayan dan input berkaitan usaha LKIM memajukan industri perikanan.

“Saya berhasrat membina warga kerja yang berilmu dan buletin ini adalah usaha kecil mencapai agenda ini kerana saya selalu percaya ilmu adalah kunci kepada perubahan, kata Faiz dalam satu hantaran Facebook.

Buletin ini akan diterbitkan enam bulan sekali. Ia akan mengandungi semua aktiviti berkaitan nelayan dan perikanan.

Sebelum ini LKIM pernah mengeluarkan Buletin LKIM ketika Faiz mengetuai agensi ini dari 2018 hingga 2020.

Sementara itu ketika dihubungi, Faiz berkata bahawa sebuah cetak biru untuk memperkasa ekonomi nelayan sedang diusahakan oleh beliau.

“Ia akan dikeluarkan menjelang hujung tahun ini,” kata beliau.

BACA JUGA: Usaha LKIM dalam memastikan bekalan ikan berterusan