Polis Kedah rampas lebih 66kg ganja, antara terbesar tahun ini
Polis Kedah berjaya melakukan rampasan dadah disyaki jenis bunga ganja seberat 66.442 kilogram dalam satu serbuan berhampiran di Sungai Petani, dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.
Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata dalam sidang media bahawa seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan, terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.
“Rampasan ini dianggarkan bernilai RM2.3 juta dan merupakan antara rampasan ganja terbesar di Kedah setakat tahun ini,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, jika disabitkan kesalahan.
BACA JUGA Presiden Iran hubungi Anwar, hargai ketegasan Malaysia pertahan Gaza