1 minit 18 saat apa yang boleh anda buat?
1 minit 18 saat, itulah tempoh masa yang diperlukan oleh usahawan dan pempengaruh popular Khairul Aming untuk menjual produk terbaharunya Rendang Nyet Berapi.
Jualan secara siaran langsung yang dibuat menerusi TikTok pada malam Jumaat telah mencatatkan jualan RM1.8 juta.
Sebanyak 100,000 unit rendang telah dijual dengan harga sepaket RM17.99.
Sebanyak 70,000 unit telah dijual dalam tempoh 30 saat dalam jualan lima paket manakala 30,000 unit telah dijual mengikut unit dalam 48 saat.
Tawaran menarik ini dibuat khas sempena pelancaran sulung produk keempat dalam rangkaian jenama Nyet Berapi.
Khairul Aming turut mengumumkan hadiah istimewa kepada lima individu terpantas yang membeli Rendang Nyet Berapi – percutian ke New Zealand pada bulan Oktober.
BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Jangan benarkan TikTok jadi pengadil