Loke: Contohi Jerantut dalam berhujah, bukan Pasir Mas

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menasihatkan ahli parlimen pembangkang agar mencontohi Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang berhujah dengan fakta dan bukannya seperti Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

Nasihat itu diberikan sebelum menjawab soalan tambahan berkaitan nahas jalan raya yang mengorbankan nyawa anggota FRU dan nahas yang mengorbankan 15 penuntut UPSI.

Loke berkata beliau sendiri telah melantik Khairil ke dalam pasukan petugas khas untuk menyiasat nahas-nahas tersebut.

“Untuk maklumkan Yang Berhormat (YB), saya sendiri yang menamakan YB Jerantut dalam pasukan petugas khas ini kerana saya menghormati YB sebagai Ahli Parlimen yang profesional dan berpegang kepada fakta.

“Ini yang kita harap dan ini yang akan kita hormati. Ini akan jadi contoh kepada yang lain-lain. Jadi yang lain-lain tu, ikutlah Jerantut…. macam Pasir Mas tu, kena belajar sedikitlah.

“Pasir Mas itu saya tidak akan lantik sebab Pasir Mas itu kurang sikit,” tambahnya merujuk kepada Ahmad Fadhli.

“Apa pula kait saya ni,” tanya Ahmad Fadhli yang menjadi ‘kepanasan’ sewaktu sesi jawab lisan.

BACA JUGA: Anthony Loke arah tubuh pasukan khas siasat terperinci nahas trak FRU