Patah tumbuh hilang berganti, kepimpinan baharu di LKTN
Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah kepimpinan baharu mengambil alih Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Bekas setiausaha agung Umno KelantanDatuk Seri Dr Alwi Che Ahmad kini menerajui LKTN.
LKTN yang beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini -alukan Alwi ke pejabatnya.
Alwi seorang juruukur bertauliah pernah menganggotai lembaga pengarah LKTN dan arif berkaitan pembangunan kenaf.
Tokoh berusia 69 tahun itu mengambil alih kepimpinan daripada mantan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, 73.
Wan Abdul Rahim telah mempengerusikan LKTN selama dua penggal.
Pada awal bulan ini Md Alwi merasmikan sambutan Hari Merdeka dengan memberikan bendera Jalur Gemilang yang kecil kepada para pegawai LKTN dan masyarakat setempat.
Beliau turut diberikan taklimat berkenaan perkembangan terbaharu oleh ketua pengarah LKTN, Wan Baharudin Wan Ismail.
Alwi turut mengetuai delegasi lawatan ke Sabah Livestock Dairies Breeder Sdn. Bhd di Sook, Sabah untuk peluang kerjasama dengan syarikat berasaskan penternakan tersebut.
Sabah Livestock mempunyai lebih kurang 1000 lembu tenusu yang diberi makanan yang dihasilkan daripada biji kenaf.
LKTN berharap kenaf boleh diperkenalkan kepada sektor swasta sebagai pilihan mampan dan mesra alam berbanding tembakau.
Lagipun tembakau tidak lagi dipromosi sebagai tanaman komersial ekoran ancaman kepada kesihatan awam.
“Ia merupakan industri bernilai jutaan ringgit dengan potensi untuk pertumbuhan yang tinggi sekiranya kita boleh meyakinkan umum berkenaan kelebihannya terutamanya kemampanan dan keterjaminan makanan,” kata Alwi.
Kenaf di Malaysia banyak ditanam untuk menghasilkan serat dan minyak benih.
Serat digunakan di dalam pengeluaran barangan termasuk bio-komposit, kertas, tekstil dan makanan haiwan.
Kenaf juga dikaji untuk pengeluaran biofuel dan komponen bahan pembinaan.
BACA JUGA: Kenaf: Menteri beri cadangan untuk bina ekosistem