Tak percaya polis, AG dan KKM tapi fitnah PN pula jadi pegangan

Oleh JAMZURI ARDANI

Pihak Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan mengapa kerajaan tidak mendedahkan nama serta gambar individu yang didakwa membuli arwah Zara.

Lalu disimpulkan kononnya kerajaan takut rakyat tahu ada kaitan dengan VVIP tertentu. Dikaitkan juga dengan kononnya Menteri KDN dapat darjah kebesaran daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Gabenor Sabah.

Begitulah fitnah dan prasangka bertebaran meracuni fikiran rakyat. Kononnya nak menegakkan keadilan. Mana mungkin keadilan tertegak di atas fitnah dan pembohongan.

Mereka tak percaya polis. Mereka tak percaya Pejabat Peguam Negara. Mereka tak percaya KKM. Mereka lebih percaya fitnah dan pembohongan.

Begitulah pembodohan ke atas rakyat berlaku. Ianya dibiarkan berterusan tanpa ada usaha bersungguh dari jentera penerangan kerajaan untuk menanganinya.

Hakikatnya, semua tertuduh dalam kes buli itu berumur di bawah 18 tahun. Kerajaan dan semua pihak tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang tidak membenarkan identiti tertuduh didedahkan kepada pihak awam.

Perbicaraan pun dilakukan di kamar khas di mahkamah dan hanya orang yang terlibat secara langsung sahaja yang dibenarkan masuk kamar perbicaraan khas tersebut.

Jadi, cukup-cukuplah menyebar prasangka jahat dan kebencian. Biarlah ada empati kepada semua yang terkesan dengan episod duka ini.

Janganlah terlalu mementingkan diri hanya kerana hendak membawa naratif politik memburukkan kerajaan sampai sanggup fitnah dan bohong.

Manusia apa ini? Di mana dhamir manusiawi anda?

BACA JUGA Nyaris dijerut dawai, pelajar di Kelantan dilondeh seluar, dibelasah enam pembuli