Ini dia perkembangan terbaharu dalam inkues Zara Qairina

Koroner baru akan mendengar kes inkues kematian Zara Qairina Mahathir, umum Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz.

Tarikh pendengaran kes yang akan bermula pada Sep 3 dikekalkan.

Kes inkues ini akan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan.

Azreena menyatakan perkara ini semasa prosiding permohonan untuk ibu Zara.Noraidah Lamat menyertai inkues sebagai pihak berkepentingan.

Mahkamah juga membenarkan pasukan peguam bela lima tertuduh juvana menyertai inkues ini sebagai pihak berkepentingan.

Kelima-lima suspek tersebut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuli di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina: AGC dakwa lima pelajar bawah umur bawah seksyen 506(C)(1) Kanun Keseksaan