Inkues kematian Zara: 21 beg bukti kes polis, saksi kedua beri keterangan

Sejumlah 21 beg bukti kes polis yang mengandungi dokumen bertulis telah diserahkan kepada Jabatan Kimia, di Petaling Jaya, Selangor, dedah Nurul Atiqah Mohd Noh, pemeriksa dokumen dari Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisa Sains Forensik, Jabatan Kimia.

Perkara ini didedahkan semasa inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Nurul Atiqah ialah saksi kedua yang memberi keterangan dalam kes inkues arwah Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Ketika prosiding, beliau telah mengenal pasti sekali lagi dokumen termasuk helaian kertas, yang mengandungi tulisan, buku latihan, buku kerja dan buku nota kepunyaan arwah Zara.

Beliau merupakan pegawai yang mempunyai pengalaman selama 21 tahun sebagai pegawai sains di Jabatan Kimia.

Beliau menerangkan bahawa tulisan di dokumen -dokumen tersebut telah dikaji dan dibandingkan dengan sampel yang ada untuk menentukan amada ia ditulis oleh Zara.

BACA JUGA: Wanita yang dekati Sultan Perak didakwa