‘Tindakan Bersatu namakan calon Perdana Menteri bukti Pas hanya pak pacak kuasa’
Naib presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar membaca tindakan Bersatu yang menamakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana Menteri sebagai bukti bahawa Pas hanya mempunyai peranan sebagai pak pacak kuasa dalam percaturan politik Bersatu.
“Usul ini membongkar hakikat sebenar Bersatu parti yang tidak menghormati semangat kerjasama, tidak percaya pada perbincangan konsensus, dan hanya mengangkat kepentingan seorang individu melebihi kepentingan rakyat atau kestabilan negara.
“Pas yang selama ini mendabik dada kononnya penentu undi dalam politik negara, rupa-rupanya hanya dijadikan pelengkap syarat oleh Bersatu.
“Suara mereka diketepikan, pendirian mereka tidak dihitung, dan maruah mereka dipijak seperti kain buruk.
“Jika beginilah layanan terhadap rakan kongsi paling setia, maka jelaslah Pas tidak lebih daripada sekadar pak pacak kuasa dalam percaturan politik Bersatu.”
Usul menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri telah diluluskan semasa perhimpunan agung tahunan Bersatu.
Bersatu dan Pas adalah anggota komponen Utama Perikatan Nasional.
Mahfuz menambah tindakan Bersatu juga membuktikan bahawa Perikatan Nasional rapuh.
“Usul ini membongkar hakikat sebenar Bersatu parti yang tidak menghormati semangat kerjasama, tidak percaya pada perbincangan konsensus, dan hanya mengangkat kepentingan seorang individu melebihi kepentingan rakyat atau kestabilan negara.
“Pas yang selama ini mendabik dada kononnya penentu undi dalam politik negara, rupa-rupanya hanya dijadikan pelengkap syarat oleh Bersatu. Suara mereka diketepikan, pendirian mereka tidak dihitung, dan maruah mereka dipijak seperti kain buruk.
“Jika beginilah layanan terhadap rakan kongsi paling setia, maka jelaslah PAS tidak lebih daripada sekadar pak pacak kuasa dalam percaturan politik Bersatu.
Bersatu pula dilihat sebagai punca perpecahan oleh Mahfuz.
“Bersatu dengan tindakan ini telah membuktikan bahawa mereka bukan pejuang kestabilan, jauh sekali pembela rakyat. Sebaliknya, mereka adalah punca perpecahan.
“PAS pula, meskipun cuba memaparkan diri sebagai parti berpengaruh, ternyata rela dipinggirkan demi secebis kuasa.
“Kalau rakan sendiri pun dipijak, rakyat hanya akan jadi bahan jual beli kuasa mereka.
“Gabungan rapuh ini bukan jalan ke Putrajaya, tetapi jalan pintas ke krisis politik tanpa kesudahan.
“Bersatu hanya ada satu misi menjadikan Muhyiddin Perdana Menteri, walau dengan menggadai maruah sekutu sendiri.”
BACA JUGA: Karma untuk Mahiaddin…dulu punca Langkah Sheraton kini ditikam dari belakang